Sunday, June 2, 2013



Pulau Pangkor 2013.
Datang ke Pulau Pangkor kali kedua dua ttahun kebelakagan ini memang menarik. Tahun 2012 hadir ke Pangkor ini  ketika memegang jawatan PK Kokurikulum. Tahun 2013 pula ketika  menyandang jawatan PK Hal Ehwal Murid mulai 1 Oktober 2013 setelah berpindah sekolah di SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

Sepekra yang tidk dpat dilupa sebaik menghabiskan kursus adalah singgah membeli beah di gerai menjual ikan bilis yang popular anaranya di gerai Jamilah yang begitu gigih meraihpelanggan dengan pelbagai strategi dan  tawaran serba murah. Namun hakikatnya pabila  berbandiingkan   harga sekilo bilis kecil ke Bandar Baru Bangi jauh lebih murah berbanding  yang dijual di gerai Jamilah ataupun Tarmizi itu. 
Walaubagaimana pun, demi namanya perjalanan keluar berkursus  selain dariapda tred memberi ole-ole dari Pangkor begitu mendesak , maka peserta -peserta begitu teruja membeli dan membeli sehingga buget yang diperuntukan bagi setiap orang  adalah tidak kurang dariapda RM 100.00 atau lebih.
Tidak dinafikan keadaan ini dapat membantu pendapatan peniaga-peniaga di situ umpama mendapat durian runtuh apabila mendapat infor beberapa buah bas dari Jabatan Negeri X akan berkunjung ke Pangkor. peniaga- peniaga ini mula mengatur strategi untuk menarik pelanggan sehingga mencapai tahap melobi dan berebut-rebut pelanggan. Mereka akan memberi tip dan umpan kepada pemandu bas malah kepada ketua rombongan kursus seawal mungkin bagi memastikan bas itu akan paker betul-betul di hadapan gerai mereka. Sekiranya ada di antara [erserta cuba melencong ke gerai bersebelahan, wajah masing-masing seperti tidask berpuas hati dan semacam tidak gembira ..... kenapalah begitu perasaan mereka? Bagi yang merasai situasi itu,timbul  kurang senang  dengan sikap mereka, tidakkah baik jika mereka saling berlapang dada berkongsi pelanggan agar suasana harmoni dengan  mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka lebih menguntungkan dan matang.





Saturday, June 9, 2012

PERTEMUAN DIRANCANG LAGI......

         Tanggal 7 Jun 2012 , jam 3.30 petang, pertemuan diatur lagi  antara veteran-veteran  Cikgu MPPM Pengajian BM Sesi 1983-1985. Kali ini pertemuan ditaja oleh Halimatun Mat Isa ( K. Yong) yang sentiasa bersedia mengurus! Apa tidaknya, sepanjang sesi pemilihan menu unutk hidangan, sebatang pen  yang  ada di dalam "hand beg"sentiasa di hujung jari untuk mencatat dan mencatat.

          Seramai 7 orang  ahli sahaja yang  hadir.... namun banyak pengalaman dapat dikongsi daripada kawan-kawan  yang sudah lama tidak bersua muka ini. Paling menarik pertemuan dengan  Khafizah Abdullah dan Rozita Abd. Rahman. Tentunya cerita pengalaman hidup dan pengalaman kerja terbongkar satu persatu.

          Penyeri perjumpaan kali kedua ini  tetap mentor yang paling kami kasihi Datin Maznah Yusof yang didatangkan khas dari Bukit Chedang , Seremban. Sayangnya seorang teman  yang berkeletah tinggi - Pn. Zainah Hassan tidak kelihtan di dalam majlis yang tenang tetapi ceria itu. Yang tenangnya , setiap orang makan dengan tenang dan memilih-milih, sebab banyak pantang larang yang  tidak boleh di makan.......... maklumlah penyakit makan berlebih sentiasa menghantui minda bawah sedar.

          Dalam sesi perbualan panjang bersama Khafizah, lawak-lawak mengila semakin terserlah .... almaklum Khafizah memang brand Melaka... faham-faham jelah.....Soalan-soalan tajam  dan mengancam diajukan tepat tanpa berlapik.  Khafizah berhujah dan menjawab  soalan-soalan "panas" berdasarkan pengalaman. Satu perkara yang paling istimewa  dan boleh dikongsi bersama Khaqfizah adalah pengalaman  beliau  menangani kerenah anak-anak remaja juvana di sekolah Hendry Gurney. lantas dengan pengalaman tersebut, beliau menjadi begitu utuh dan kuat untuk menghadapi apa jua soalan   yang bertubi-tubi daripada kawan-kawan tentang cerita peribadinya yang penuh ranjau dan duri.

        Sesungguhnya pertemuan kali ini sedikit sebanyak memberi ikhtibar dan muhasabah diri  bahawa usia kita sudah menuju ke garis penamat. Maka bermuhasahlah banyak-banyak agar sisa-sisa hidup yang akan dilalui  mudah-mudahan akan berlangsung dengan baik dan tenang.
       


Dari kiri:  Mariam Adnan, Zainab Abdullah, Datin Maznah Yusof, Khafizah Abdullah, Rozita Abd. Rahman, Jamaatul dan Halimatun Mat Isa.


Lokasi: Belakang Food Court Alamanda, Putra Jaya.

Saturday, April 28, 2012


BICARA MINHARA       29.4.2012 ( Sabtu) 6.45 petang

Mengenali diri melalui fitrah....
Mencintai diri melalui pencipta-Nya
Menghargai segala yang ada melalui cinta-Nya.


Semalam  demi  hari-hari berlalu....
Waktu petangnya semakin mengamit datang.
Malamnya semakin panjang
Dan esoknya belum pasti bertemu...
Itulah kehidupan.

Sejauh manakah engkau melangkah...
Bebayangmu pasti mengiringi
Walaupun hilang seiring mentari
Namun cahayanya pasti memagari.

Sekuat manakah engkau berjuang...
Senjata tajam atau peluru bersalut sutera
Sakitnya tetap terasa
Menembusi rusuk dan tulang selangka

Pedih itu lebih baik daripada  selesa...
kerana kita insan biasa
Yang sering lalai dan leka
Pasti dijemput kembali kepada-Nya.


Gambar hiasan: Program Amal Islami ( KAMIL) peringkat sekolah< Pertandingan Tahjiz Mayyit 
( Pengurusan jenazah)  4hb April 2012

Monday, February 20, 2012

Don't judge a book from it cover.

      Lama sangat membiarkan blog ini sunyi sepi tidak dilawati........
Banyak hal yang terjadi namun baharu kini ada kesempatan untuk memaksa jari jemari ini mengetuk-mengetuk "key board"  untuk meluahkan isi hati dan mencoretkan ayat-ayat dalam minda  di dalam laman ini ,yang kekadang diam kekadang ligat bermonolog ini........
Pengajarannya........ dalam keterpaksaan melakukan sesuatu, biasanya terhasil sesuatu yang tidak dijangka. 
Dengan kata lain, sesetengah individu perlu diberi teguran, kejutan, dan sesuatu yang memberi pukulan atau tamparan dalam  konteks membangkitkan motivasi  untuk bergerak ke arah yang positif.
Hal ini demikian kerana....... setiap individu gemar berdiam diri dalam 'zon selesa'. Ertinya, jarang-jarang yang suka mencabar diri untuk melakukan perubahan.

     Apakah cara dan kaedah yang mampu membuat kita mengubah cara berfikir? Apakah "instrument" atau alat yang dapat membantu seseorang mengubah  dirinya ke arah yang lebih positif dan diterima oleh kelompok  orang di sekitarnya? Siapakah individu yang mampu mengubah keadaan dan persekitaran yang tidak kondusif kepada suatu keadaan yang lebih baik dan menyeronokkan?

   Apakah bentuk pengorbanan yang sarankan untuk mengubah situasi tersebut? Mampukah setiap orang berubah? Sejauh manakah pengorbanan  yang diharapkan dapat mencapai perubahan-perubahan positif itu? Apakah kayu ukur bagi perubahan-perubahan yang positif itu?

  Natijahnya...... tiada yang lain selain daripada bermohon kepadaNya, agar anjakan pradigma daripada setiap individu itu dapat disatukan dan dihimpun dalam satu visi dan misi yang sama , iaitu mendapat keredaan daripada  Allah S.W.T cuma.

     Pepatah ada menyebut, buang yang keruh ambil yang jernih. Setiap orang harus belajar daripada kesilapan diri sendiri. Elakkan daripada menuding jari  menyalahkan orang lain sambil mencari-cari alasan   untuk membela diri . Helah bela diri selalunya adalah satu strategi untuk memberitahu bahawa egonya kita kerana tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Adalah lebih malang..... jika individu itu tidak boleh ditegur atau dinasihati............Hal ini demikian dikatakan sebagai 'bodoh sombong'. Secara beraninya.... jika kita benar-benar jujur untuk memperbaiki kelemahan diri.... buatkan satu soal selidik terbuka daripada kawan-kawan atau 0rang yang berada di sekeliling kita untuk mengetahui siapakah diri kita pada persepsi mereka.

   
                                                Judgemental in a tree.
                                                    www.you tube.com
   



Friday, December 16, 2011

Tahun kepuasan apabila semua yang diimpikan dapat dipenuhi.

Tahun yang produktif dan proaktif.
Tahun 2011 penuh dengan warna- warni  yang disi dengan kepuasan, antaranya penjelajahan ke beberapa tempat seluruh Malayisa  beserta pengalaman yang menarik.
Bermula dengan lawatan ke Langkawi bersama famili. Terima kasih suami tersayang.
Diikuti dengan lawatan ke Sarawak juga bersama famili.

Seteruskan ke Cameron Hinglands bersama rombongan kursus untuk Setiausaha-setiausaha Kurikulum anjuran PPD Sepang. Selanjutnya ke Genting Highlands mengikuti Seminar Pengurusan Pendidikan Kali ke-18 anjuran IAB . Seminar ni dihadiri oleh pengetua-pengetua dan pemimpin-pemimpin  dalam  pengurusan Pendidikan seluruh Malaysia. Hati begitu bangga kerana terpilih  dan dipilih oleh pihak penganjuran IAB. Satu seminar yang berprestaj dan istimewa sekali. Hal ini demikian kerana banyak pembentang-pembnetanga kertas kerja yang tersohor dapat ditemui termasuk bekas KPPM seperti Tan Seri Dr Wan Zahid Hamidi, Tan Seri Alimuddin , Datuk Norizan Bapoo dan yan gpaling best dapat bertemu bekas pensyarah IB yang banyak berbudi  iaitu Dr. Jamil bin Ahmad.

Sebaik dilantik sebagai GPK Kokurikulm, pergi pula ke Sg. Petani Kedah kerana mengikuti  Kursus Pengurusan Kokurikum anjuran BPI, Kursusu ini diberi  kepada semua GPK Kokurikulum  yang baru daripada sekolah-sekolah SABK  terpilih yang objektifnya antara lain  untuk memberi maklumat dasar  IMIS.
Kemudian, mendapat lantikan sebagai ketua pengawas peperiksaan awam. Maka dihantar pergi berkursus di Lumut Perak. Sekali lagi hati begitu teruja kerana inilah tempat-tempat yang menjadi idaman unutk dilawati. Wah begitu gembira apabila begitu kemaruk membeli ikan bilis dan sotong kering. Berhabis-habisan membeli dan membelah.

Usai tugasan mengawas peperiksaan. Berita yang mengejutkanku terima lagi. Terpilih pula sebagai Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang daripada BPI. Majlis meraikan penerima anugerah  diadakan di Goldcourse  Klang.


Selepas itu, yang terakhir ini, sekali lagi pergi ke Pangkor kerana mengikuti kursus Pengurusan Kokurikum untuk Guru Penolong Kanan  Kokurikulum yang baru dilantik pada tahun 2011. Kursus ini adalah anjuran JPS. Sehubungan  dengan itu ,lengkap sudah putaran lakosi lawatan yang  saya lalui  kerana semua lokasi itu memang menjadi tempat  idaman saya sejak sekina lama   untuk  dilawati. Alhamdulillah...... Allah maha bijaksana mengatur dan menyusun peluang dan ruang unutk hambanya yang sentiasa mengharap. Dengan izin-Nya dalam 1 tahun, semua tempat-tempat  itu langsai dilawati... sungguh tidak disangka-sangka.


Terima kasih Ya Allah.

Sunday, November 6, 2011

Untunglah jika kita diuji..........................................
Muhasabah diri  tidak akan berlaku jika tiada sesuatu kejadian atau peistiwa yang .........

Tuesday, October 25, 2011

PETUA/TIP MENGAMBIL HATI KETUA/MAJIKAN DAN SESIAPA SAHAJA YANG PERLU DITUAKAN/DIHORMATI

1. Muliakan beliau
    i) Dahulukan beliau. Cth. Bila berjalan pastikan didahulukan, pastikan dia sentiasa
       di hadapan.( perlakuan, gerak-geri,bahasa tubuh yang sopan dan teratur)

   ii) Jangan mengelak Cth. Sebaik nampak kelibatnya, anda seperti sengaja  agar
        tidak   bertembung. Situasai ini amat menyinggung perasaan dan hati
         sesiapapun.
   iii) Hormati beliau. Sentiasa peka akan kehadirannya.

2. Elakkan / jangan biarkan beliau bertanya lebih daripada  3 kali.
    Cth: Beliau  menyuarakan rasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara, tugas anda
    adalah  segera memahami dan terus mengambil tindakan seperti yang diingini( jika
    perlu).
    Misalnya   beliau  menegur tentang longkang tersumbat, maka bantu beliau
    (mengikut bidang  kuasa), siapa yang beliau maksudkan. (gerakkan pembersih
    kawasan bertindak)
 

3. Banyak berkomunikasi ( berhubung)
     Cari peluang dan ruang untuk berbual, berbincang, misalnya di kantin,pertemuan-
      pertemuan yang  tidak formal.
      Perbaiki PR ( personal repo) Tetapi berhati-hati : bukan menonjol-nonjol.

4. Buat sesuatu ( yang membantu/ menolong beliau), cth: beliau inginkan maklumat,
     pandangan, pertolongan, waima sekadar inginkan no. telefon seseorang.
     Sediakan diri anda untuk sentiasa membantu.Sekiranya anda ditugaskan mengalas
     sesuatu  tanggungjawab, lakukan dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik,
     anda mampu lakukan.

5. Elakkan/ jangan  pra sangka buruk terhadap beliau.
    Ibaratkan beliau kedua ibu bapa anda. Tak taulah, kalau anda berprasangka buruk
    terhadap ibu bapa anda!
    Cth: Alah..... bos kita tu pilih bulu/ pilih kasih.Makanya anda telah membina tembok
    pemisah dalam hubungan andan dengan  beliau.

6. AMAT MALANG  BAGI DIRI ANDA .......membanding-banding apa yang beliau buat
    dengan apa yang anda buat.
    Cth: Beliau berbual, duduk lama-lama di kantin, anda pun nak ikut  cara beliau,
    beliau keluar masuk premis/ pejabat , anda juga hendak ikut begitu. Apatah lagi
    mengutuk cara beliau itu di khalayak  atau dengan sesama rakan yang lain.

7. Jangan mengambil kesempatan.
    Mungkin beliau ada kelemahan tertentu. maka anda jangan sekali-kali
    membelakangkan beliau atau mengkhianati beliau, nayatakan kepadanya dengan
    ikhlas dan jujur.

8. Jangan melanggar peraturan. ( Sentiasa  ke arah amalan yang profesional.).

    Insya Allah,  sekiranya anda amalkan perkara di atas, dengan tambahan-tambahan
    lain yang tidak dinyatakan, andalah pekerja, pengikut atau tidak kira siapa
    anda, anda akan mendapat ganjaran ketenangan dan kejayaan berganda.



  

     Bicara minhara. blogspot.