Monday, February 28, 2011
GOTONG-ROYONG PERDANA YANG MEMBINA UKHUWAH
BANNER: KEMPEN GOTONG -ROYONG PERDANA
DAN KEMPEN ANTIDENGGI SAMSMEL 2011
SELURUH WARGA SAMSMEL MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA PELAJAR YANG ATELAH MEMBERI KOMITMEN YANG PADU DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI .
SEAWAL JAM 8.00 PAGI IBU BAPA DAN GURU-GURU TELAH BERKUMPUL DI DEWAN MAKAN SEKOLAH UNTUK MENJALANKAN KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH DAN ASRAMA.
TAKLIMAT KAWASAN TUGSAN DIBERIKAN DENGAN JELAS DAN IBU BAPA MEMULAKAN AKTIVITI DENGAN TEKUN DAN SABAR.
PARA PELAJAR PULA BERADA DI DALAM DEWAN UNTUK SESI MENDENGAR CERAMAH BERKAITAN KESIHATAN DAN PEMBASMIAN NYAMUK AEDES.
MENJELANS JAM 12.00 TENGAH HARI KAWASAN SEKOLAH DAN ASRAMA MENJADI BERSIH DAN RAPI. SEMUA AHLI BERSURAI SEKITAR JAM 12.30 TENGAH HARI DENGAN RASA LEGA DAN BERPUAS HATI.
SUATU INSIDEN YANG AGAK MENYENTUH HATI BAHAWA DIKISAHKAN KEDAPATAN SEPASANG SUAMI ISTERI MASUK KE DORM MEMBANTU ANAKNYA MENGEMAS TEMPAT PENGINAPAN ANAKNYA..... YA ALLAH SERABUTNYA TEMPAT ANAKANDA.....KEMAS! KEMAS!
Thursday, February 24, 2011
Dapur Minhara: Spageti Cendawan Orkid
Bahan-bahan untuk kuah.
Daging kisar yang telah dibasuh dan ditoskan.
5 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih yang telah dipotong dadu ditumis dengan sedikit minyak sehingga naik baunya.
Spageti yang telah siap direbus, angkat dan toskan.
Masukkan daging kisar dan gaul hingga sebati.
Biarkan mendidih selama 10 minit. Kemudian, sedia untuk dihidang.
Jom jenguk...... Dapur minhara,,, Cuba! jangan tak Cuba.......
Monday, February 14, 2011
Bai'ah: motivasi dan realiti
Bai'ah, satu insentif tawaran kepada GB dan Pengetua sekolah dalam usaha untuk memotivasikan pengurusan dan pentabdiran pendidikan agar sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dan prestasi tinggi.
Hakikatnya kebanyakan guru tidak ambil pusing pun akan tawaran yang dicanang itu.... kerana mereka berada dalam dua situasi. Situasi pertama adalah berfikiran positif dan yang kedua memikirkan yang sebaliknya. Bagi mereka yang tidak bermotivasi dan sentiasa negatif akan terus mereka-reka alasan dan penafian yang tidak berkesudahan.
Pada 10hb.Feb 2011, saya berpeluang menghadiri Majlis Perutusan Khas Y.A.B Tan Sri Muhyidin Yasin di PICC - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya.
.

Friday, February 4, 2011
Lagi..... pantun budi
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dimakan orang.
Puas sudah menabur budi,
Emas juga dipandang orang.
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dimakan orang.
Puas sudah menabur budi,
Emas juga dipandang orang.
Wednesday, February 2, 2011
Info bahasa
MARI KITA EJA DENGAN BETUL
Yang salah Yang betul
Displin disiplin
Redha reda
Ramadhan ramadan
Lagenda legenda
Kerinting keriting
Sayugia seyogia
Tengahari tengah hari
Urusetia urus setia
Aturcara atur cara
Justru justeru
Durhaka derhaka
Kraftangan kraf tangan
keretapi kereta api
Bandaraya bandar raya
Ukhwah uhkuwah
Hajjah hajah
Selsema selesema
Terdapat dua kata dasar yang dieja sebagai satu perkataan. Bentuk kata itu, tergolong sebagai kata nama, iaitu:
antarabangsa
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
pesuruhjaya
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
matahari
Dipetik daripada : Sumber Tata Bahasa Dewan -DBP(1996).
Tuesday, February 1, 2011
2 kali menggigit
Semalam jalan-jalan 'window shopping' je ngan En. Abang.
Dari Mid Valley ke KLCC semata-mata nak cari sepasang kasut yang menggigit!
Pertamanya menggigit jari sebab 2 bulan lepas ternampak kasut cantik di Butik Clarks Alamanda. Dah berkenan tapi belum cukup matang untuk memiliki.Gigit jarilah pulak!
Bila dah bersedia nak dapat, sudah tidak kelihatan lagi di butik itu... maka merayau-rayau pula ke Mid Valley.... Sana, sini, situ, sini,... sampailah Ke KLCC. Pabila dah dimiliki terus disarung di kaki. Berjalan pulang ke tempat paker.... kasut pula mengigit kaki. Aduh!

Subscribe to:
Posts (Atom)