Saturday, June 9, 2012

PERTEMUAN DIRANCANG LAGI......

         Tanggal 7 Jun 2012 , jam 3.30 petang, pertemuan diatur lagi  antara veteran-veteran  Cikgu MPPM Pengajian BM Sesi 1983-1985. Kali ini pertemuan ditaja oleh Halimatun Mat Isa ( K. Yong) yang sentiasa bersedia mengurus! Apa tidaknya, sepanjang sesi pemilihan menu unutk hidangan, sebatang pen  yang  ada di dalam "hand beg"sentiasa di hujung jari untuk mencatat dan mencatat.

          Seramai 7 orang  ahli sahaja yang  hadir.... namun banyak pengalaman dapat dikongsi daripada kawan-kawan  yang sudah lama tidak bersua muka ini. Paling menarik pertemuan dengan  Khafizah Abdullah dan Rozita Abd. Rahman. Tentunya cerita pengalaman hidup dan pengalaman kerja terbongkar satu persatu.

          Penyeri perjumpaan kali kedua ini  tetap mentor yang paling kami kasihi Datin Maznah Yusof yang didatangkan khas dari Bukit Chedang , Seremban. Sayangnya seorang teman  yang berkeletah tinggi - Pn. Zainah Hassan tidak kelihtan di dalam majlis yang tenang tetapi ceria itu. Yang tenangnya , setiap orang makan dengan tenang dan memilih-milih, sebab banyak pantang larang yang  tidak boleh di makan.......... maklumlah penyakit makan berlebih sentiasa menghantui minda bawah sedar.

          Dalam sesi perbualan panjang bersama Khafizah, lawak-lawak mengila semakin terserlah .... almaklum Khafizah memang brand Melaka... faham-faham jelah.....Soalan-soalan tajam  dan mengancam diajukan tepat tanpa berlapik.  Khafizah berhujah dan menjawab  soalan-soalan "panas" berdasarkan pengalaman. Satu perkara yang paling istimewa  dan boleh dikongsi bersama Khaqfizah adalah pengalaman  beliau  menangani kerenah anak-anak remaja juvana di sekolah Hendry Gurney. lantas dengan pengalaman tersebut, beliau menjadi begitu utuh dan kuat untuk menghadapi apa jua soalan   yang bertubi-tubi daripada kawan-kawan tentang cerita peribadinya yang penuh ranjau dan duri.

        Sesungguhnya pertemuan kali ini sedikit sebanyak memberi ikhtibar dan muhasabah diri  bahawa usia kita sudah menuju ke garis penamat. Maka bermuhasahlah banyak-banyak agar sisa-sisa hidup yang akan dilalui  mudah-mudahan akan berlangsung dengan baik dan tenang.
       


Dari kiri:  Mariam Adnan, Zainab Abdullah, Datin Maznah Yusof, Khafizah Abdullah, Rozita Abd. Rahman, Jamaatul dan Halimatun Mat Isa.


Lokasi: Belakang Food Court Alamanda, Putra Jaya.

Saturday, April 28, 2012


BICARA MINHARA       29.4.2012 ( Sabtu) 6.45 petang

Mengenali diri melalui fitrah....
Mencintai diri melalui pencipta-Nya
Menghargai segala yang ada melalui cinta-Nya.


Semalam  demi  hari-hari berlalu....
Waktu petangnya semakin mengamit datang.
Malamnya semakin panjang
Dan esoknya belum pasti bertemu...
Itulah kehidupan.

Sejauh manakah engkau melangkah...
Bebayangmu pasti mengiringi
Walaupun hilang seiring mentari
Namun cahayanya pasti memagari.

Sekuat manakah engkau berjuang...
Senjata tajam atau peluru bersalut sutera
Sakitnya tetap terasa
Menembusi rusuk dan tulang selangka

Pedih itu lebih baik daripada  selesa...
kerana kita insan biasa
Yang sering lalai dan leka
Pasti dijemput kembali kepada-Nya.


Gambar hiasan: Program Amal Islami ( KAMIL) peringkat sekolah< Pertandingan Tahjiz Mayyit 
( Pengurusan jenazah)  4hb April 2012

Monday, February 20, 2012

Don't judge a book from it cover.

      Lama sangat membiarkan blog ini sunyi sepi tidak dilawati........
Banyak hal yang terjadi namun baharu kini ada kesempatan untuk memaksa jari jemari ini mengetuk-mengetuk "key board"  untuk meluahkan isi hati dan mencoretkan ayat-ayat dalam minda  di dalam laman ini ,yang kekadang diam kekadang ligat bermonolog ini........
Pengajarannya........ dalam keterpaksaan melakukan sesuatu, biasanya terhasil sesuatu yang tidak dijangka. 
Dengan kata lain, sesetengah individu perlu diberi teguran, kejutan, dan sesuatu yang memberi pukulan atau tamparan dalam  konteks membangkitkan motivasi  untuk bergerak ke arah yang positif.
Hal ini demikian kerana....... setiap individu gemar berdiam diri dalam 'zon selesa'. Ertinya, jarang-jarang yang suka mencabar diri untuk melakukan perubahan.

     Apakah cara dan kaedah yang mampu membuat kita mengubah cara berfikir? Apakah "instrument" atau alat yang dapat membantu seseorang mengubah  dirinya ke arah yang lebih positif dan diterima oleh kelompok  orang di sekitarnya? Siapakah individu yang mampu mengubah keadaan dan persekitaran yang tidak kondusif kepada suatu keadaan yang lebih baik dan menyeronokkan?

   Apakah bentuk pengorbanan yang sarankan untuk mengubah situasi tersebut? Mampukah setiap orang berubah? Sejauh manakah pengorbanan  yang diharapkan dapat mencapai perubahan-perubahan positif itu? Apakah kayu ukur bagi perubahan-perubahan yang positif itu?

  Natijahnya...... tiada yang lain selain daripada bermohon kepadaNya, agar anjakan pradigma daripada setiap individu itu dapat disatukan dan dihimpun dalam satu visi dan misi yang sama , iaitu mendapat keredaan daripada  Allah S.W.T cuma.

     Pepatah ada menyebut, buang yang keruh ambil yang jernih. Setiap orang harus belajar daripada kesilapan diri sendiri. Elakkan daripada menuding jari  menyalahkan orang lain sambil mencari-cari alasan   untuk membela diri . Helah bela diri selalunya adalah satu strategi untuk memberitahu bahawa egonya kita kerana tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Adalah lebih malang..... jika individu itu tidak boleh ditegur atau dinasihati............Hal ini demikian dikatakan sebagai 'bodoh sombong'. Secara beraninya.... jika kita benar-benar jujur untuk memperbaiki kelemahan diri.... buatkan satu soal selidik terbuka daripada kawan-kawan atau 0rang yang berada di sekeliling kita untuk mengetahui siapakah diri kita pada persepsi mereka.

   
                                                Judgemental in a tree.
                                                    www.you tube.com