Lama sangat membiarkan blog ini sunyi sepi tidak dilawati........
Banyak hal yang terjadi namun baharu kini ada kesempatan untuk memaksa jari jemari ini mengetuk-mengetuk "key board" untuk meluahkan isi hati dan mencoretkan ayat-ayat dalam minda di dalam laman ini ,yang kekadang diam kekadang ligat bermonolog ini........
Pengajarannya........ dalam keterpaksaan melakukan sesuatu, biasanya terhasil sesuatu yang tidak dijangka.
Dengan kata lain, sesetengah individu perlu diberi teguran, kejutan, dan sesuatu yang memberi pukulan atau tamparan dalam konteks membangkitkan motivasi untuk bergerak ke arah yang positif.
Hal ini demikian kerana....... setiap individu gemar berdiam diri dalam 'zon selesa'. Ertinya, jarang-jarang yang suka mencabar diri untuk melakukan perubahan.
Apakah cara dan kaedah yang mampu membuat kita mengubah cara berfikir? Apakah "instrument" atau alat yang dapat membantu seseorang mengubah dirinya ke arah yang lebih positif dan diterima oleh kelompok orang di sekitarnya? Siapakah individu yang mampu mengubah keadaan dan persekitaran yang tidak kondusif kepada suatu keadaan yang lebih baik dan menyeronokkan?
Apakah bentuk pengorbanan yang sarankan untuk mengubah situasi tersebut? Mampukah setiap orang berubah? Sejauh manakah pengorbanan yang diharapkan dapat mencapai perubahan-perubahan positif itu? Apakah kayu ukur bagi perubahan-perubahan yang positif itu?
Natijahnya...... tiada yang lain selain daripada bermohon kepadaNya, agar anjakan pradigma daripada setiap individu itu dapat disatukan dan dihimpun dalam satu visi dan misi yang sama , iaitu mendapat keredaan daripada Allah S.W.T cuma.
Pepatah ada menyebut, buang yang keruh ambil yang jernih. Setiap orang harus belajar daripada kesilapan diri sendiri. Elakkan daripada menuding jari menyalahkan orang lain sambil mencari-cari alasan untuk membela diri . Helah bela diri selalunya adalah satu strategi untuk memberitahu bahawa egonya kita kerana tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Adalah lebih malang..... jika individu itu tidak boleh ditegur atau dinasihati............Hal ini demikian dikatakan sebagai 'bodoh sombong'. Secara beraninya.... jika kita benar-benar jujur untuk memperbaiki kelemahan diri.... buatkan satu soal selidik terbuka daripada kawan-kawan atau 0rang yang berada di sekeliling kita untuk mengetahui siapakah diri kita pada persepsi mereka.
Judgemental in a tree.
www.you tube.com