Pulau Pangkor 2013.
Datang ke Pulau Pangkor kali kedua dua ttahun kebelakagan ini memang menarik. Tahun 2012 hadir ke Pangkor ini ketika memegang jawatan PK Kokurikulum. Tahun 2013 pula ketika menyandang jawatan PK Hal Ehwal Murid mulai 1 Oktober 2013 setelah berpindah sekolah di SAM Bandar Baru Salak Tinggi.
Sepekra yang tidk dpat dilupa sebaik menghabiskan kursus adalah singgah membeli beah di gerai menjual ikan bilis yang popular anaranya di gerai Jamilah yang begitu gigih meraihpelanggan dengan pelbagai strategi dan tawaran serba murah. Namun hakikatnya pabila berbandiingkan harga sekilo bilis kecil ke Bandar Baru Bangi jauh lebih murah berbanding yang dijual di gerai Jamilah ataupun Tarmizi itu.
Walaubagaimana pun, demi namanya perjalanan keluar berkursus selain dariapda tred memberi ole-ole dari Pangkor begitu mendesak , maka peserta -peserta begitu teruja membeli dan membeli sehingga buget yang diperuntukan bagi setiap orang adalah tidak kurang dariapda RM 100.00 atau lebih.
Tidak dinafikan keadaan ini dapat membantu pendapatan peniaga-peniaga di situ umpama mendapat durian runtuh apabila mendapat infor beberapa buah bas dari Jabatan Negeri X akan berkunjung ke Pangkor. peniaga- peniaga ini mula mengatur strategi untuk menarik pelanggan sehingga mencapai tahap melobi dan berebut-rebut pelanggan. Mereka akan memberi tip dan umpan kepada pemandu bas malah kepada ketua rombongan kursus seawal mungkin bagi memastikan bas itu akan paker betul-betul di hadapan gerai mereka. Sekiranya ada di antara [erserta cuba melencong ke gerai bersebelahan, wajah masing-masing seperti tidask berpuas hati dan semacam tidak gembira ..... kenapalah begitu perasaan mereka? Bagi yang merasai situasi itu,timbul kurang senang dengan sikap mereka, tidakkah baik jika mereka saling berlapang dada berkongsi pelanggan agar suasana harmoni dengan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka lebih menguntungkan dan matang.