Saturday, June 9, 2012

PERTEMUAN DIRANCANG LAGI......

         Tanggal 7 Jun 2012 , jam 3.30 petang, pertemuan diatur lagi  antara veteran-veteran  Cikgu MPPM Pengajian BM Sesi 1983-1985. Kali ini pertemuan ditaja oleh Halimatun Mat Isa ( K. Yong) yang sentiasa bersedia mengurus! Apa tidaknya, sepanjang sesi pemilihan menu unutk hidangan, sebatang pen  yang  ada di dalam "hand beg"sentiasa di hujung jari untuk mencatat dan mencatat.

          Seramai 7 orang  ahli sahaja yang  hadir.... namun banyak pengalaman dapat dikongsi daripada kawan-kawan  yang sudah lama tidak bersua muka ini. Paling menarik pertemuan dengan  Khafizah Abdullah dan Rozita Abd. Rahman. Tentunya cerita pengalaman hidup dan pengalaman kerja terbongkar satu persatu.

          Penyeri perjumpaan kali kedua ini  tetap mentor yang paling kami kasihi Datin Maznah Yusof yang didatangkan khas dari Bukit Chedang , Seremban. Sayangnya seorang teman  yang berkeletah tinggi - Pn. Zainah Hassan tidak kelihtan di dalam majlis yang tenang tetapi ceria itu. Yang tenangnya , setiap orang makan dengan tenang dan memilih-milih, sebab banyak pantang larang yang  tidak boleh di makan.......... maklumlah penyakit makan berlebih sentiasa menghantui minda bawah sedar.

          Dalam sesi perbualan panjang bersama Khafizah, lawak-lawak mengila semakin terserlah .... almaklum Khafizah memang brand Melaka... faham-faham jelah.....Soalan-soalan tajam  dan mengancam diajukan tepat tanpa berlapik.  Khafizah berhujah dan menjawab  soalan-soalan "panas" berdasarkan pengalaman. Satu perkara yang paling istimewa  dan boleh dikongsi bersama Khaqfizah adalah pengalaman  beliau  menangani kerenah anak-anak remaja juvana di sekolah Hendry Gurney. lantas dengan pengalaman tersebut, beliau menjadi begitu utuh dan kuat untuk menghadapi apa jua soalan   yang bertubi-tubi daripada kawan-kawan tentang cerita peribadinya yang penuh ranjau dan duri.

        Sesungguhnya pertemuan kali ini sedikit sebanyak memberi ikhtibar dan muhasabah diri  bahawa usia kita sudah menuju ke garis penamat. Maka bermuhasahlah banyak-banyak agar sisa-sisa hidup yang akan dilalui  mudah-mudahan akan berlangsung dengan baik dan tenang.
       


Dari kiri:  Mariam Adnan, Zainab Abdullah, Datin Maznah Yusof, Khafizah Abdullah, Rozita Abd. Rahman, Jamaatul dan Halimatun Mat Isa.


Lokasi: Belakang Food Court Alamanda, Putra Jaya.