Cuti semester 'break' pertama pada bulan Mac 2011 memahatkan banyak kenangan yang terkesan di hati......
Kunjungan ke Pulau Lagenda yang tidak pernah terfikir mampu dijejaki.. rupa-rupanya sampai juga akhirnya.
Dalam keterujaan menjelajah bumi lagenda itu, banyak kesan langsung yan gtidak diduga.
Kudrat yang selama ini menunjangan keceriaan kami sekeluarga digugat dan diuji.
Abang mengalami masalah lesihatan yang serius selepas mengakhiri lawatan singkat tetapi menyeluruh itu.
Bayangkan kehebatan abang meredah lebuh raya dari rumah sampai ke jeti Kuah dalam tempuh 5 jam tanpa henti, kecuali sebentar di Hentian Sg. Perak sekitar jam 2 pagi pada 15 Mac 2011 ( Selasa).
Semangat tinggi dan keutuhan pemanduan abang amat mengkagumkan..... gaya pemanduannnya sama seperti masih muda ketika kami baru sahaja hidup bersama, 24 tahun yang lalu. Keyakinanku duduk di sebelah abang dengan gaya pemanduan itu amat menyakinkan.... perjalanan jarak jauh adalah perkara biasa baginya... BB Bangi ke Pontian, JB malah KotaTinggi tidak pernah gagal.
Namun.....pemanduan kali ini ..... ke Langkawi seoalah-olah mengakhiri sejarah kehebatan pemanduannya. Situasi kesihatan nya tidak mengizinkan abang untuk lasak selasak dulu lagi.
Mungkin ada hikmah di sebalik peristiwa ini. Mudah-mudahan abang dapat mengumpul semula kekuatan dan semangat tinggi dalam diri, tidak mengalah untuk melawan penyakit dan kembali pulih seperti sedia kala....... Walaupun tidak sehebat dahulu, tetapi cukup sihat sesuai mengikut usianya.
Lokasi: d'Baron Resort dan Carble Car d' Langkawi
No comments:
Post a Comment