Setelah menerima surat pelantikan untuk menggalas tugas tersebut, hati kecil mula terdetik untuk mencari alasan.Namun..... minda positif terus memadam alasan pengecut dan penakut dalam diri dan sanubari.
Komen positif dan negatif ditimbang, ditapis dan ditepis. Nyatakan ayat-ayat yang membina sahaja.Ulang kata-kata yang positif sahaja. Ya... SAYA BOLEH!..... Yes I will do it. Ya Allah inilah peluang yang engkau beri, inilah jalannya yang engkau dorongkan... BANTULAH AKU!
Petuanya... RUJUK KEPADA YANG TAHU. BELAJAR KEPADA YANG MAHIR DAN PAKAR.
Malam-malam sebelum berlangsungnya tugas yang bakal dijalankan, perbagai mimpi masuk dalam kotak minda. Apabila dikaji, semuanya bersifat positif dan memihak kepada kesempurnaan. Amin. Mimpi berjalan di tepi sebuah sungai yang keruh dan dalam airnya, namun sungai yang perlu aku redah sebuah sungai yang jernih dan mampuku renangi airnya.Masya Allah petanda positif.
Suatu ketika ada seroang insan yang banyak berjasa telah memanyugi diri ini sewaktu hujan turun sepanjang perjalanan membawa dokumen penting sehingga aku mampu membawa dokumen itu dengan selamat untuk dihantar kedestinasinya. Amin... semua mimpiku menggambarkan hal-hal yang selesai.Insan itu jelas tergambar di dalam mimpiku. Beliau ialah Kak Timah ( Fatimah Sepuan).
Mengurus insan dengan pelbagai ragam harus kuat dan mengikut peraturan yang ketat. Ungkapan ikut arahan ketua amat berguna pada saat keputusan harus dibuat dengan segera, betul dan profesional.
Pengajarannya: 1. Jangan membuat keputusan sendiri yang akan menjerat diri sendiri.
2. Sentiasa bertanya dan belajar daripada yang senior
3. Jangan memandai-mandai dan sentiasa merujuk kepada ketua.
"GAGAL MERANCANG BERERTI GAGAL SAMPAI BILA-BILA
GAGAL SETELAH MERANCANG BERERTI UJIAN UNTUK
MEMPERBAIKI DIRI"
No comments:
Post a Comment