Oppppp...... Pertama kali terima perlantikan itu, aku agak terkejut. Hati jadi kecut. Namun aku sudah melatih diri agar selalu berfikiran positif.
Ya... saya terima!
Biasanya dalam keadaan begini aku jadi serba salah dan mencari-cari alasan yang munasabah untuk mengelak daripada menerima tugasan yang tidak biasa itu.
Namun sampai bila aku akan maju jika takut menerima cabaran.
Hakikatnya, seorang yang ingin berjaya dan kaya dengan pengalaman harus berani mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Waima dalam tugas seharian.Amalan biasa-biasa yang dilalui setiap hari membangkitkan rasa bosan atau jemu. Tiada pembaharuan dan "streotaip" belaka.
Maka, dengan terbukanya peluang aktiviti yang baru ini, aku tidak ragu-ragu untuk mencuba. Dengan berbekalkan kekentalan hati, bisikan-bisikan negatifku tangkis berhati-hati. Mrncari-cari perbandingan dan menimbang-nimbang keupayaan orang lain yangmasih junior, muda dan tiada pengalaman langsung, mengapakah aku mesti mengalah?
Mimpi demi mimpi datang bertandang. Semua mimpi-mimpi yang diakhiri dengan kemudahan dan ada jalan penyelesaian. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment