Tuesday, October 25, 2011

PETUA/TIP MENGAMBIL HATI KETUA/MAJIKAN DAN SESIAPA SAHAJA YANG PERLU DITUAKAN/DIHORMATI

1. Muliakan beliau
    i) Dahulukan beliau. Cth. Bila berjalan pastikan didahulukan, pastikan dia sentiasa
       di hadapan.( perlakuan, gerak-geri,bahasa tubuh yang sopan dan teratur)

   ii) Jangan mengelak Cth. Sebaik nampak kelibatnya, anda seperti sengaja  agar
        tidak   bertembung. Situasai ini amat menyinggung perasaan dan hati
         sesiapapun.
   iii) Hormati beliau. Sentiasa peka akan kehadirannya.

2. Elakkan / jangan biarkan beliau bertanya lebih daripada  3 kali.
    Cth: Beliau  menyuarakan rasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara, tugas anda
    adalah  segera memahami dan terus mengambil tindakan seperti yang diingini( jika
    perlu).
    Misalnya   beliau  menegur tentang longkang tersumbat, maka bantu beliau
    (mengikut bidang  kuasa), siapa yang beliau maksudkan. (gerakkan pembersih
    kawasan bertindak)
 

3. Banyak berkomunikasi ( berhubung)
     Cari peluang dan ruang untuk berbual, berbincang, misalnya di kantin,pertemuan-
      pertemuan yang  tidak formal.
      Perbaiki PR ( personal repo) Tetapi berhati-hati : bukan menonjol-nonjol.

4. Buat sesuatu ( yang membantu/ menolong beliau), cth: beliau inginkan maklumat,
     pandangan, pertolongan, waima sekadar inginkan no. telefon seseorang.
     Sediakan diri anda untuk sentiasa membantu.Sekiranya anda ditugaskan mengalas
     sesuatu  tanggungjawab, lakukan dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik,
     anda mampu lakukan.

5. Elakkan/ jangan  pra sangka buruk terhadap beliau.
    Ibaratkan beliau kedua ibu bapa anda. Tak taulah, kalau anda berprasangka buruk
    terhadap ibu bapa anda!
    Cth: Alah..... bos kita tu pilih bulu/ pilih kasih.Makanya anda telah membina tembok
    pemisah dalam hubungan andan dengan  beliau.

6. AMAT MALANG  BAGI DIRI ANDA .......membanding-banding apa yang beliau buat
    dengan apa yang anda buat.
    Cth: Beliau berbual, duduk lama-lama di kantin, anda pun nak ikut  cara beliau,
    beliau keluar masuk premis/ pejabat , anda juga hendak ikut begitu. Apatah lagi
    mengutuk cara beliau itu di khalayak  atau dengan sesama rakan yang lain.

7. Jangan mengambil kesempatan.
    Mungkin beliau ada kelemahan tertentu. maka anda jangan sekali-kali
    membelakangkan beliau atau mengkhianati beliau, nayatakan kepadanya dengan
    ikhlas dan jujur.

8. Jangan melanggar peraturan. ( Sentiasa  ke arah amalan yang profesional.).

    Insya Allah,  sekiranya anda amalkan perkara di atas, dengan tambahan-tambahan
    lain yang tidak dinyatakan, andalah pekerja, pengikut atau tidak kira siapa
    anda, anda akan mendapat ganjaran ketenangan dan kejayaan berganda.



  

     Bicara minhara. blogspot.

    

Saturday, October 15, 2011

TUGAS YANG BARU KUGALAS MEMBERI INPUT POSITIF UNTUK MUHASABAH DIRI.

Oppppp...... Pertama kali terima perlantikan itu, aku agak terkejut. Hati jadi kecut. Namun aku sudah melatih diri agar selalu berfikiran positif.
Ya... saya terima!

Biasanya dalam keadaan begini  aku jadi serba salah dan mencari-cari alasan yang munasabah  untuk  mengelak  daripada menerima tugasan yang tidak biasa itu.
Namun sampai bila aku akan maju jika  takut menerima  cabaran.

Hakikatnya, seorang yang ingin berjaya dan kaya dengan pengalaman harus berani mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Waima dalam tugas  seharian.Amalan biasa-biasa yang dilalui setiap hari membangkitkan rasa bosan atau jemu. Tiada pembaharuan dan "streotaip" belaka.

Maka, dengan terbukanya peluang aktiviti yang  baru ini, aku tidak ragu-ragu untuk mencuba.  Dengan berbekalkan kekentalan hati, bisikan-bisikan negatifku tangkis  berhati-hati. Mrncari-cari perbandingan dan menimbang-nimbang keupayaan orang lain yangmasih junior, muda dan tiada pengalaman langsung, mengapakah aku mesti mengalah?

Mimpi demi mimpi datang bertandang. Semua mimpi-mimpi yang diakhiri dengan kemudahan dan ada jalan penyelesaian. Alhamdulillah.




Friday, October 14, 2011

Apabila anda rasa cukup...................

Satu untuk aku.......
Satu untuk kau.......

Dua untuk aku.......
Dua untuk kau......

Tiga untuk aku.....
Tiga  untuk kau....

Eh  untuk aku.....
Eh  untuk kau.....


Banyak untuk aku.....
Banyak untuk kau.....

Sedikit  untuk aku....
Sedikit  untuk kau....


Demikianlah  adanya.

Lagi banyak engkau memberi, lagi bertambah  Allah akan gandakan pahalanya.Itu janji Allah. Allah, Dia tidak pernah mungkir janji. Kitalah yang hina dan kotor ini  yang tidak dapat  memahami malah lambat mendapat petunjuk.
Masya Allah!

TAHU........TAPI TIDAK TAHU MEMANFAATKAN WAKTU, MAHU........ TAPI TIDAK MAHU MENGUASAI WAKTU.




Friday, October 7, 2011

PELUANG BELAJAR TENTANG PENGURUSAN INSAN

Opppp..... menerima tugasan dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi  adalah amanah yang berat dan harus bersungguh-sungguh.

Setelah menerima surat pelantikan untuk menggalas tugas tersebut, hati kecil mula terdetik untuk mencari alasan.Namun..... minda positif terus memadam alasan pengecut dan penakut dalam diri dan sanubari.

Komen positif dan negatif ditimbang, ditapis dan ditepis. Nyatakan ayat-ayat yang membina sahaja.Ulang kata-kata yang positif sahaja.  Ya... SAYA BOLEH!..... Yes I  will do it.  Ya  Allah  inilah peluang yang engkau beri, inilah jalannya  yang engkau dorongkan... BANTULAH AKU!


Petuanya... RUJUK KEPADA YANG TAHU. BELAJAR KEPADA YANG MAHIR DAN PAKAR.


Malam-malam sebelum berlangsungnya tugas yang bakal dijalankan, perbagai mimpi masuk dalam kotak minda. Apabila dikaji, semuanya bersifat positif dan memihak kepada kesempurnaan. Amin. Mimpi berjalan di tepi sebuah sungai yang keruh dan dalam airnya, namun sungai yang perlu aku redah sebuah sungai yang jernih dan mampuku renangi airnya.Masya Allah petanda positif.

Suatu ketika ada  seroang insan yang banyak berjasa telah memanyugi diri ini  sewaktu hujan turun sepanjang perjalanan membawa dokumen penting sehingga aku mampu membawa dokumen itu  dengan selamat untuk dihantar kedestinasinya. Amin... semua mimpiku menggambarkan hal-hal yang selesai.Insan itu jelas tergambar di dalam mimpiku. Beliau ialah Kak Timah ( Fatimah Sepuan).

 Mengurus insan dengan pelbagai ragam harus kuat dan mengikut peraturan yang ketat. Ungkapan   ikut arahan ketua amat berguna pada saat keputusan  harus dibuat dengan segera, betul dan profesional.

Pengajarannya: 1. Jangan membuat keputusan sendiri yang akan menjerat diri sendiri.

                               2. Sentiasa bertanya dan belajar  daripada  yang senior     

                               3. Jangan memandai-mandai  dan sentiasa merujuk kepada ketua.


            "GAGAL  MERANCANG BERERTI GAGAL  SAMPAI BILA-BILA
           GAGAL SETELAH MERANCANG  BERERTI UJIAN UNTUK 
           MEMPERBAIKI DIRI"