Friday, December 16, 2011

Tahun kepuasan apabila semua yang diimpikan dapat dipenuhi.

Tahun yang produktif dan proaktif.
Tahun 2011 penuh dengan warna- warni  yang disi dengan kepuasan, antaranya penjelajahan ke beberapa tempat seluruh Malayisa  beserta pengalaman yang menarik.
Bermula dengan lawatan ke Langkawi bersama famili. Terima kasih suami tersayang.
Diikuti dengan lawatan ke Sarawak juga bersama famili.

Seteruskan ke Cameron Hinglands bersama rombongan kursus untuk Setiausaha-setiausaha Kurikulum anjuran PPD Sepang. Selanjutnya ke Genting Highlands mengikuti Seminar Pengurusan Pendidikan Kali ke-18 anjuran IAB . Seminar ni dihadiri oleh pengetua-pengetua dan pemimpin-pemimpin  dalam  pengurusan Pendidikan seluruh Malaysia. Hati begitu bangga kerana terpilih  dan dipilih oleh pihak penganjuran IAB. Satu seminar yang berprestaj dan istimewa sekali. Hal ini demikian kerana banyak pembentang-pembnetanga kertas kerja yang tersohor dapat ditemui termasuk bekas KPPM seperti Tan Seri Dr Wan Zahid Hamidi, Tan Seri Alimuddin , Datuk Norizan Bapoo dan yan gpaling best dapat bertemu bekas pensyarah IB yang banyak berbudi  iaitu Dr. Jamil bin Ahmad.

Sebaik dilantik sebagai GPK Kokurikulm, pergi pula ke Sg. Petani Kedah kerana mengikuti  Kursus Pengurusan Kokurikum anjuran BPI, Kursusu ini diberi  kepada semua GPK Kokurikulum  yang baru daripada sekolah-sekolah SABK  terpilih yang objektifnya antara lain  untuk memberi maklumat dasar  IMIS.
Kemudian, mendapat lantikan sebagai ketua pengawas peperiksaan awam. Maka dihantar pergi berkursus di Lumut Perak. Sekali lagi hati begitu teruja kerana inilah tempat-tempat yang menjadi idaman unutk dilawati. Wah begitu gembira apabila begitu kemaruk membeli ikan bilis dan sotong kering. Berhabis-habisan membeli dan membelah.

Usai tugasan mengawas peperiksaan. Berita yang mengejutkanku terima lagi. Terpilih pula sebagai Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang daripada BPI. Majlis meraikan penerima anugerah  diadakan di Goldcourse  Klang.


Selepas itu, yang terakhir ini, sekali lagi pergi ke Pangkor kerana mengikuti kursus Pengurusan Kokurikum untuk Guru Penolong Kanan  Kokurikulum yang baru dilantik pada tahun 2011. Kursus ini adalah anjuran JPS. Sehubungan  dengan itu ,lengkap sudah putaran lakosi lawatan yang  saya lalui  kerana semua lokasi itu memang menjadi tempat  idaman saya sejak sekina lama   untuk  dilawati. Alhamdulillah...... Allah maha bijaksana mengatur dan menyusun peluang dan ruang unutk hambanya yang sentiasa mengharap. Dengan izin-Nya dalam 1 tahun, semua tempat-tempat  itu langsai dilawati... sungguh tidak disangka-sangka.


Terima kasih Ya Allah.

Sunday, November 6, 2011

Untunglah jika kita diuji..........................................
Muhasabah diri  tidak akan berlaku jika tiada sesuatu kejadian atau peistiwa yang .........

Tuesday, October 25, 2011

PETUA/TIP MENGAMBIL HATI KETUA/MAJIKAN DAN SESIAPA SAHAJA YANG PERLU DITUAKAN/DIHORMATI

1. Muliakan beliau
    i) Dahulukan beliau. Cth. Bila berjalan pastikan didahulukan, pastikan dia sentiasa
       di hadapan.( perlakuan, gerak-geri,bahasa tubuh yang sopan dan teratur)

   ii) Jangan mengelak Cth. Sebaik nampak kelibatnya, anda seperti sengaja  agar
        tidak   bertembung. Situasai ini amat menyinggung perasaan dan hati
         sesiapapun.
   iii) Hormati beliau. Sentiasa peka akan kehadirannya.

2. Elakkan / jangan biarkan beliau bertanya lebih daripada  3 kali.
    Cth: Beliau  menyuarakan rasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara, tugas anda
    adalah  segera memahami dan terus mengambil tindakan seperti yang diingini( jika
    perlu).
    Misalnya   beliau  menegur tentang longkang tersumbat, maka bantu beliau
    (mengikut bidang  kuasa), siapa yang beliau maksudkan. (gerakkan pembersih
    kawasan bertindak)
 

3. Banyak berkomunikasi ( berhubung)
     Cari peluang dan ruang untuk berbual, berbincang, misalnya di kantin,pertemuan-
      pertemuan yang  tidak formal.
      Perbaiki PR ( personal repo) Tetapi berhati-hati : bukan menonjol-nonjol.

4. Buat sesuatu ( yang membantu/ menolong beliau), cth: beliau inginkan maklumat,
     pandangan, pertolongan, waima sekadar inginkan no. telefon seseorang.
     Sediakan diri anda untuk sentiasa membantu.Sekiranya anda ditugaskan mengalas
     sesuatu  tanggungjawab, lakukan dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik,
     anda mampu lakukan.

5. Elakkan/ jangan  pra sangka buruk terhadap beliau.
    Ibaratkan beliau kedua ibu bapa anda. Tak taulah, kalau anda berprasangka buruk
    terhadap ibu bapa anda!
    Cth: Alah..... bos kita tu pilih bulu/ pilih kasih.Makanya anda telah membina tembok
    pemisah dalam hubungan andan dengan  beliau.

6. AMAT MALANG  BAGI DIRI ANDA .......membanding-banding apa yang beliau buat
    dengan apa yang anda buat.
    Cth: Beliau berbual, duduk lama-lama di kantin, anda pun nak ikut  cara beliau,
    beliau keluar masuk premis/ pejabat , anda juga hendak ikut begitu. Apatah lagi
    mengutuk cara beliau itu di khalayak  atau dengan sesama rakan yang lain.

7. Jangan mengambil kesempatan.
    Mungkin beliau ada kelemahan tertentu. maka anda jangan sekali-kali
    membelakangkan beliau atau mengkhianati beliau, nayatakan kepadanya dengan
    ikhlas dan jujur.

8. Jangan melanggar peraturan. ( Sentiasa  ke arah amalan yang profesional.).

    Insya Allah,  sekiranya anda amalkan perkara di atas, dengan tambahan-tambahan
    lain yang tidak dinyatakan, andalah pekerja, pengikut atau tidak kira siapa
    anda, anda akan mendapat ganjaran ketenangan dan kejayaan berganda.



  

     Bicara minhara. blogspot.

    

Saturday, October 15, 2011

TUGAS YANG BARU KUGALAS MEMBERI INPUT POSITIF UNTUK MUHASABAH DIRI.

Oppppp...... Pertama kali terima perlantikan itu, aku agak terkejut. Hati jadi kecut. Namun aku sudah melatih diri agar selalu berfikiran positif.
Ya... saya terima!

Biasanya dalam keadaan begini  aku jadi serba salah dan mencari-cari alasan yang munasabah  untuk  mengelak  daripada menerima tugasan yang tidak biasa itu.
Namun sampai bila aku akan maju jika  takut menerima  cabaran.

Hakikatnya, seorang yang ingin berjaya dan kaya dengan pengalaman harus berani mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Waima dalam tugas  seharian.Amalan biasa-biasa yang dilalui setiap hari membangkitkan rasa bosan atau jemu. Tiada pembaharuan dan "streotaip" belaka.

Maka, dengan terbukanya peluang aktiviti yang  baru ini, aku tidak ragu-ragu untuk mencuba.  Dengan berbekalkan kekentalan hati, bisikan-bisikan negatifku tangkis  berhati-hati. Mrncari-cari perbandingan dan menimbang-nimbang keupayaan orang lain yangmasih junior, muda dan tiada pengalaman langsung, mengapakah aku mesti mengalah?

Mimpi demi mimpi datang bertandang. Semua mimpi-mimpi yang diakhiri dengan kemudahan dan ada jalan penyelesaian. Alhamdulillah.




Friday, October 14, 2011

Apabila anda rasa cukup...................

Satu untuk aku.......
Satu untuk kau.......

Dua untuk aku.......
Dua untuk kau......

Tiga untuk aku.....
Tiga  untuk kau....

Eh  untuk aku.....
Eh  untuk kau.....


Banyak untuk aku.....
Banyak untuk kau.....

Sedikit  untuk aku....
Sedikit  untuk kau....


Demikianlah  adanya.

Lagi banyak engkau memberi, lagi bertambah  Allah akan gandakan pahalanya.Itu janji Allah. Allah, Dia tidak pernah mungkir janji. Kitalah yang hina dan kotor ini  yang tidak dapat  memahami malah lambat mendapat petunjuk.
Masya Allah!

TAHU........TAPI TIDAK TAHU MEMANFAATKAN WAKTU, MAHU........ TAPI TIDAK MAHU MENGUASAI WAKTU.




Friday, October 7, 2011

PELUANG BELAJAR TENTANG PENGURUSAN INSAN

Opppp..... menerima tugasan dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi  adalah amanah yang berat dan harus bersungguh-sungguh.

Setelah menerima surat pelantikan untuk menggalas tugas tersebut, hati kecil mula terdetik untuk mencari alasan.Namun..... minda positif terus memadam alasan pengecut dan penakut dalam diri dan sanubari.

Komen positif dan negatif ditimbang, ditapis dan ditepis. Nyatakan ayat-ayat yang membina sahaja.Ulang kata-kata yang positif sahaja.  Ya... SAYA BOLEH!..... Yes I  will do it.  Ya  Allah  inilah peluang yang engkau beri, inilah jalannya  yang engkau dorongkan... BANTULAH AKU!


Petuanya... RUJUK KEPADA YANG TAHU. BELAJAR KEPADA YANG MAHIR DAN PAKAR.


Malam-malam sebelum berlangsungnya tugas yang bakal dijalankan, perbagai mimpi masuk dalam kotak minda. Apabila dikaji, semuanya bersifat positif dan memihak kepada kesempurnaan. Amin. Mimpi berjalan di tepi sebuah sungai yang keruh dan dalam airnya, namun sungai yang perlu aku redah sebuah sungai yang jernih dan mampuku renangi airnya.Masya Allah petanda positif.

Suatu ketika ada  seroang insan yang banyak berjasa telah memanyugi diri ini  sewaktu hujan turun sepanjang perjalanan membawa dokumen penting sehingga aku mampu membawa dokumen itu  dengan selamat untuk dihantar kedestinasinya. Amin... semua mimpiku menggambarkan hal-hal yang selesai.Insan itu jelas tergambar di dalam mimpiku. Beliau ialah Kak Timah ( Fatimah Sepuan).

 Mengurus insan dengan pelbagai ragam harus kuat dan mengikut peraturan yang ketat. Ungkapan   ikut arahan ketua amat berguna pada saat keputusan  harus dibuat dengan segera, betul dan profesional.

Pengajarannya: 1. Jangan membuat keputusan sendiri yang akan menjerat diri sendiri.

                               2. Sentiasa bertanya dan belajar  daripada  yang senior     

                               3. Jangan memandai-mandai  dan sentiasa merujuk kepada ketua.


            "GAGAL  MERANCANG BERERTI GAGAL  SAMPAI BILA-BILA
           GAGAL SETELAH MERANCANG  BERERTI UJIAN UNTUK 
           MEMPERBAIKI DIRI"






Friday, September 23, 2011

Tanggungjawab Sudah Bertambah Dan Berlambak-lambak

Semakan bertambah usia semakin bertambah tanggungjawab.Semakin banyak berfikir semakin banyak kedut di dahi.....

Semakin banyak duit, semakin banyak yang hendak dibeli.Namun jauh di sudut hati, banyaklah bersyukur atas nikmat yang diberi,akal yang dianugerahi Ilahi masih segar dan semulajadi.

Saturday, September 10, 2011

Ingat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara

Ingat  5 perkara,
sebelum 5 perkara - berpesan-pesan dengan kesabaran , berpesan- pesan dengan kebenaran.


Perkara 1:         SENANG SEBELUM SUSAH
Perkara 2 :        KAYA SEBELUM MISKIN
Perkara 3:         SIHAT SEBELUM  SAKIT
Perkara 4:         MUDA SEBELUM TUA
Perkara 5:         HIDUP SEBELUM MATI

Sesungguhnya apabila mati anak adam, maka terputuslah hubungan dengan keduniaan kecuali 3 perkara:
 Perkara 1:  Amal jariahnya
 Perkara 2: Ilmu yangdiajarkan ( manfaatkan)
Perkara  3: Anak yang soleh dan solehah

WALLAHHUALAM.

Saturday, August 27, 2011

Ihya' Ramadan yang istimewa

  




            Tanggal 23 Ramadan 1432 Hijrah bersamaan 23 Ogos 2011 ( Selasa) Sekolah Agama Menengah Sg. Merab Luar, Sepang telah dikunjungi oleh individu  nombor 1  dalam pendidikan Negara iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( KPPM) Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud dan rombongan dari BPI dan JPS serta pegawai dan wakil-wakil daripada PPD Sepang, dalam program Ihya' Ramadan . Rasa gembira dan bertuah kerana kunjungan ini merupakan "platform" kepada SAMSMEL dapat  merasa dihargai dan beri perhatian oleh Dato' ( Orang no .1 dalam pendidikan Negara.). Kesannya secara peribadi  bahawa seluruh warga SAMSMEL bersatupadu, bekerjasama serta bertungkus lumus dalam membuat persediaan  untuk menerima tetamu-tetamu besar itu.
   Selepas ini tidak ada lagi rasa gementar untuk membuat persediaan, bagaimanakah  cara untuk membuat persiapan dalam pelbagai majlis anjuran sekolah untuk menjemput VVIP.Pengalaman menyambut tetamu besar memberi peluang untuk seluruh warga sekolah merasai perubahan dan pemikiran terbuka dalam erti kata kerjasama dan tolong-menolong.
     Syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua SAMSMEL iaitu Tuan Haji Shaharoni bin Abd. Basir dan pengarah program Ustz. Mohd Yaziz bin Kasran yang begitu tenang, sabar dan bekerja keras untuk memastikan  kelancaran majlis. Syukur Alhamdulillah..... kepada semua guru-guru dan kaki tangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Jasa yang usaha kalian amat dihargai dan disanjung.
Sesungguhnya SAMSMEL  boleh!

Wakil BPI: Tuan Pengarah BPI, Ketua Sektor (SPI),
 dan Tn. Haji Shaharoni ( Baju kuning) sedang menunggu ketibaan  Yang Berbahagia Dato'.





Menyambut ketibaan Y. Bhg Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud ( KPPM)



                                       

 Rombongan diiringi ke khemah jamuan untuk majlis berbuka puasa.














 Yang  Berbahagia Dato' sedang beramah mesra bersama warga SAMSMEL.






                                     
PK HEM dan PK Koku SAMSMEL turut bersama dalam Majlis Ihya Ramadan yang  istimewa.










SAMSMEL BOLEH!

Sunday, April 24, 2011

Peserta Forum perempuan dan Syarahan BM SAMSMEL

 Peserta forum sedang menyampaikan forum  bertajuk Peranan Masyarakat Islam sedunia dalam masalah Palestin.






 Peserta Syarahan BM- Shamina ( tengah) Johan peringkat Zon dan negeri ( 22hb April 2011)

    Pertandingan KAMIL peringkat zon 3 berlangsung di SAM BBST, Salak Tinggi pada hari Sabtu 8hb Alril 2011. Sekumpulan pelajar SAMSMEL diketuai oleh Ust. Johari Hj Bakri selaku Penyelaras KAMIL peringkat sekolah telah menyahut cabaran dalam beberapa acara seperti , Syarahan B.Inggeris, syarahan Bahasa Melayu, Forum Menengah Atas lelaki dan perempuan, Tahjis Maiyyit, Azan , nasyid dan lain-lain. keputusan kuranga memihak kepada SAMSMEL pada tahun ini namun acara syarahan BM perempuan telah mendapat johan  kali ini.
   Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan pada hari Isnin 10hb April 2011 ketika majlis perhimpuan rasmi sekolah. Adik Shamina telah dijemput untuk menyampaikan semula syarahan beliau pada majlis tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh GPK 1, Ust. Haji Mohd Yaziz bin Kasran.
   
   

Cahaya dan kristal

Cahaya dan kristal
Cahaya dan kristal
Bagai irama dan lagu
          Saling memerlukan

          Menerima dan memberi

          Refleksi dalam reaksi

          Simbiosis bererti

          Sandar menyandari

         TanpaNya hilanglah diri.



24 April 2011
5.00 pm ( Ahad )



     




       

Monday, April 11, 2011

MENGINGATIMU TIADA SEMPADAN WAKTU

MENERJAH  KETERBATASAN  WAKTU
MANUSIA MEMANG MUDAH LUPA
SIFATNYA YANG LALAI DAN ALPA

CIRI-CIRI KEBODOHAN DAN KEPALSUAN
MENJADI CONTOH DAN BASI BASA
KERANA NAFSU MELITUPI   KEBENARAN
DEMI MEMBURU GLAMOR DAN NAMA

ANDAI MANUSIA TIDAK LEKA
BICARA LIDAH TERKUNCI NYATA
LEBIH MULIA LEBIH REDA

UNTUK MENGINGATINYA TANPA SEMPADAN WAKTU

BASAHI KALAMMU DENGAN ZIKIRULLAH
TANDA HATI SEJATI BERSERAH
PADA YANG HAK MAHA PENCINTA
PADA YANG HAK KITA TERCIPTA.

11/4/11( ISNIN)
4.59 PETANG

Wednesday, March 30, 2011

Langkawi yang kutinggalkan.......

Cuti semester 'break' pertama pada bulan Mac 2011 memahatkan banyak kenangan yang terkesan di hati......

Kunjungan ke Pulau Lagenda yang tidak pernah terfikir mampu dijejaki.. rupa-rupanya sampai juga akhirnya.
Dalam keterujaan  menjelajah bumi lagenda itu, banyak kesan langsung yan gtidak diduga.
 Kudrat yang selama ini menunjangan keceriaan kami sekeluarga  digugat dan diuji.
Abang mengalami masalah lesihatan yang serius selepas mengakhiri lawatan singkat tetapi menyeluruh itu.
Bayangkan kehebatan abang meredah lebuh raya dari rumah sampai ke jeti Kuah dalam tempuh 5 jam tanpa henti, kecuali sebentar di Hentian Sg. Perak sekitar  jam 2  pagi pada 15 Mac 2011 ( Selasa).
Semangat tinggi dan keutuhan pemanduan abang amat mengkagumkan..... gaya pemanduannnya sama seperti masih muda ketika kami baru sahaja hidup bersama, 24 tahun yang lalu. Keyakinanku   duduk di sebelah abang dengan  gaya pemanduan itu amat menyakinkan.... perjalanan jarak jauh adalah perkara biasa baginya... BB Bangi ke Pontian, JB malah KotaTinggi tidak pernah gagal.
Namun.....pemanduan kali ini  ..... ke Langkawi seoalah-olah mengakhiri sejarah kehebatan pemanduannya. Situasi kesihatan nya tidak mengizinkan abang untuk lasak selasak dulu lagi.
Mungkin ada hikmah di sebalik peristiwa ini. Mudah-mudahan abang dapat mengumpul semula kekuatan dan semangat tinggi dalam diri, tidak mengalah untuk melawan penyakit dan kembali pulih seperti sedia kala....... Walaupun tidak sehebat dahulu, tetapi cukup  sihat sesuai mengikut usianya.
Lokasi:  d'Baron Resort  dan Carble Car d' Langkawi

Wednesday, March 2, 2011

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform

Pelaksana:  AJK Kokurikulum -Unit Beruniform
Program :   Pertandingan Kawad Kaki  Unit-unit Beruniform
Tarikh:      2hb. Mac 2011
Hari:         Rabu
Masa:        3.00petang  hingga 6.00 petang
Tempat:    Dataran Perhimpunan Sekolah
Kumpulan
Sasaran:       pelajar-pelajar SAMSMEL mengikut Unit Beruniform.
Objektif:  1)Melahirkan generasi pelajar yang sihat fizikal, mental, mempunyai daya tahan ,                  berpotensi dan berketrampilan.
               2)Memupuk semangat berpasukan dan sikap kerjasama serta displin  yang tinggi.
Strategi
pelaksanaan: Melatih pelajar  2 minggu lebih awal
                   Melantik panel hakim
                   Melantik AJK pelaksana



Kos: RM1,200.00 ( Hadiah,
       minuman dan cenderahati
       untuk  panel Hakim)







              SAMSMEL  BOLEH !... SAMSMEL  BOLEH  ! ... SAMSMEL  BOLEH ...!

Monday, February 28, 2011

GOTONG-ROYONG PERDANA YANG MEMBINA UKHUWAH


BANNER:  KEMPEN GOTONG -ROYONG PERDANA
DAN KEMPEN ANTIDENGGI SAMSMEL 2011
SELURUH WARGA SAMSMEL MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA PELAJAR YANG ATELAH MEMBERI KOMITMEN YANG PADU DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI .

SEAWAL JAM 8.00 PAGI IBU BAPA DAN GURU-GURU TELAH BERKUMPUL DI DEWAN MAKAN SEKOLAH  UNTUK MENJALANKAN KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH DAN ASRAMA.
TAKLIMAT KAWASAN TUGSAN DIBERIKAN DENGAN JELAS DAN IBU BAPA MEMULAKAN AKTIVITI DENGAN TEKUN DAN SABAR.
PARA PELAJAR PULA BERADA DI DALAM DEWAN UNTUK SESI MENDENGAR CERAMAH BERKAITAN KESIHATAN DAN PEMBASMIAN NYAMUK AEDES.
MENJELANS JAM 12.00 TENGAH HARI KAWASAN SEKOLAH DAN ASRAMA MENJADI BERSIH DAN RAPI. SEMUA AHLI BERSURAI SEKITAR JAM 12.30 TENGAH HARI DENGAN RASA LEGA DAN BERPUAS HATI. 
SUATU INSIDEN YANG AGAK MENYENTUH HATI BAHAWA DIKISAHKAN KEDAPATAN SEPASANG SUAMI ISTERI MASUK KE DORM MEMBANTU ANAKNYA MENGEMAS TEMPAT PENGINAPAN ANAKNYA..... YA ALLAH SERABUTNYA TEMPAT ANAKANDA.....KEMAS! KEMAS!

Thursday, February 24, 2011

Dapur Minhara: Spageti Cendawan Orkid



Bahan-bahan untuk kuah.

Daging kisar yang telah dibasuh dan ditoskan.




5 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih yang telah dipotong dadu ditumis dengan sedikit minyak sehingga naik baunya.
Spageti yang telah siap direbus, angkat dan toskan.


Masukkan  daging kisar dan gaul hingga sebati.
Masukkan pes dan bahan-bahan kuah dalam tumisan bawang.

Biarkan mendidih selama 10 minit. Kemudian, sedia untuk dihidang.




Jom  jenguk...... Dapur minhara,,, Cuba!  jangan tak Cuba.......

Monday, February 14, 2011

Bai'ah: motivasi dan realiti

   Bai'ah, satu insentif tawaran kepada GB dan Pengetua sekolah dalam usaha untuk memotivasikan  pengurusan  dan pentabdiran pendidikan  agar sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dan prestasi tinggi.
    Hakikatnya kebanyakan guru tidak ambil pusing pun akan tawaran yang dicanang itu.... kerana mereka berada dalam dua situasi. Situasi pertama  adalah berfikiran positif dan yang kedua  memikirkan  yang sebaliknya.  Bagi mereka yang tidak bermotivasi dan sentiasa negatif akan terus  mereka-reka  alasan dan penafian yang tidak berkesudahan.

     Pada 10hb.Feb 2011, saya berpeluang menghadiri Majlis Perutusan Khas Y.A.B Tan Sri Muhyidin Yasin di PICC - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya.
   


.

Friday, February 4, 2011

Lagi..... pantun budi

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dimakan orang.
Puas sudah menabur budi,
Emas juga dipandang orang.

Bagaimanakah cara elakkan kasut baru menggigit kaki?


Wednesday, February 2, 2011

Info bahasa

MARI KITA  EJA  DENGAN BETUL

Yang salah                                                            Yang betul
Displin                                                                    disiplin
Redha                                                                      reda
Ramadhan                                                                ramadan
Lagenda                                                                   legenda
Kerinting                                                                 keriting
Sayugia                                                                   seyogia
Tengahari                                                                tengah hari
Urusetia                                                                  urus setia
Aturcara                                                                 atur  cara
Justru                                                                     justeru
Durhaka                                                                  derhaka
Kraftangan                                                              kraf tangan
keretapi                                                                  kereta api
Bandaraya                                                               bandar raya
Ukhwah                                                                   uhkuwah
Hajjah                                                                     hajah
Selsema                                                                  selesema

Terdapat dua kata dasar yang dieja sebagai satu perkataan. Bentuk kata itu, tergolong sebagai kata nama, iaitu:

antarabangsa
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
pesuruhjaya
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
matahari



Dipetik daripada : Sumber Tata Bahasa Dewan -DBP(1996).

Tuesday, February 1, 2011

2 kali menggigit

Semalam jalan-jalan  'window shopping' je  ngan En. Abang.
Dari Mid Valley ke KLCC semata-mata nak cari sepasang kasut yang  menggigit!
 Pertamanya menggigit jari  sebab 2 bulan lepas ternampak kasut cantik di Butik Clarks Alamanda. Dah berkenan  tapi belum cukup matang untuk memiliki.Gigit jarilah pulak!
Bila dah bersedia nak dapat, sudah tidak kelihatan lagi di butik itu... maka merayau-rayau pula ke Mid  Valley.... Sana, sini, situ, sini,... sampailah  Ke KLCC.  Pabila dah dimiliki terus disarung di kaki. Berjalan pulang  ke tempat paker.... kasut pula mengigit kaki. Aduh!




Sunday, January 30, 2011

DAN INTERLOK PUN DIBAKAR

DAN INTERLOK PUN DIBAKAR


Dan Interlok  pun  dibakar
gambar Abdullah Hussain dibakar
tapi yang terbakar kulit di jasad Melayuku.

Dan api pembakaran Interlok pun  menyala
api pembakaran gambar Abdullah Hussain pun menyala
tapi yang panas darah Melayu dalam tubuhku

Dan asap bakaran Interlok pun  naik ke udara
Api bakaran  gambar Abdullah Hussain pun naik ke  udara
Tapi yang tercemar udara langit dan bumi Melayuku.

Dan Interlok pun  hangus rentung
Gambar Abdullah Hussain  pun hangus rentung
Tapi yang hangus rentung perasaan dan hati Melayuku

Dan  abu Interlok pun dipijak-pijak
Abu gambar Abdullah Hussain pun dilanyak-lanyak
Tapi yang dipijak, terlanyak maruah  Melayuku

Berlangsung detik sebuah  kebiadapan  purba
Mencakar kaca jendela peradaban bangsa
Retak
Berpetak-petak.

Berita Minggu 30hb Jan. 2011

OLEH: FATIMAH BUSU.
BAYAN LEPAS  P.PINANG.
 
                      
                                             




Saturday, January 29, 2011

Selamat datang ke blog Cikgu Mariam

Berburu ke padang sasar
Dapat rusa belang di kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi